Pelan kontigensi sekiranya berlaku jerebu semasa Sukan SEA 2017

Malaysia mempunyai pelan kontigensi dalam berdepan kemungkinan berlaku fenomena jerebu semasa berlangsungnya Sukan SEA 2017 di ibu negara bulan ini. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumkan beliau akan ke Indonesia dalam masa terdekat bagi membincangkan isu membabitkan kebakaran hutan, jerebu dan isu alam sekitar.