Pelancaran Laporan PRU14 PEMANTAU

PEMANTAU hari ini melancarkan laporan pilihan raya umum ke-14- nya. PEMANTAU adalah kumpulan rakyat proaktif yang mahu memastikan pilihan raya umum ke-14 lepas berjalan dengan bersih dan adil. Tugas PEMANTAU ialah memantau proses pilihan raya selain rakyat sendiri menjadi saksi untuk mencegah dan melaporkan kesalahan pilihan raya seperti rasuah, ugutan, pengundi hantu, dan gangguan proses pilihan raya. Bersama wartawan Wan Syamsul Amly pada Pelancaran Laporan PEMANTAU sepanjang PRU14 lepas.