Pelbagai perubahan dasar dijayakan kerajaan Negeri Sembilan

Setahun pemerintahan Pakatan Harapan di Negeri Sembilan telah membawa pelbagai perubahan kepada dasar kerajaan negeri di samping memelihara kepentingan rakyat dalam menghadapi arus pembangunan yang kian pesat. Bagi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, mandat yang diberi rakyat pasca Pilihanraya Umum ke-14 lalu bukannya suatu perkara yang mudah.