Tutup

Peluang saksi Gerhana Matahari Anulus selepas 1998

Gerhana Matahari Anulus yang pernah terjadi 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor akan berlaku lagi pada 26 Disember depan. Pengarah Planetarium Negara, Anita Bahari berkata, Tanjung Piai telah dipilih di daerah Pontian, Johor dan Bandar Serian di Sarawak sebagai lokasi rasmi program Gerhana Cincin yang juga dikenali dengan panggilan Gerhana Matahari Anulus.