Pemain Melaka United terbabit kemalangan jalan raya

Pemain bola sepak Melaka United, Mohd Faizal Muhamad, cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terlibat dalam kemalangan. Insiden berlaku di kilometer 250.2 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT 2) berhampiran flyover Plaza Tol Jabor, Kemaman kira-kira jam 9.30 pagi Ahad.