Pemaju dan kontraktor jadi sasaran kongsi gelap

Aktiviti jenayah pemerasan ugut oleh kumpulan kongsi gelap semakin berleluasa. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, pemaju perumahan, pengurus tapak pembinaan, kontraktor, serta orang perseorangan kini menjadi sasaran kumpulan itu.