Pemancing dikhuatiri lemas di Pantai Kampung Seri Pantai

Seorang pemancing berusia 38 tahun dikhuatiri lemas ketika cuba berenang kembali ke pantai dari lokasi memancing di atas batu sirik berdekatan pantai Kampung Seri Pantai, Mersing pada pukul 10 malam, Isnin. Dalam satu kenyataan, Komander Maritim Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MARITIM Malaysia), Zon Maritim Mersing, Haris Fadzillah Abdullah berkata, mangsa keluar memancing pada pukul 7.30 malam ketika air surut.