Pemancing dikhuatiri lemas di pantai Kampung Seri Pantai

Seorang pemancing yang dilapor hilang ketika berenang untuk kembali ke pantai ketika air pasang di pantai Kampung Seri Pantai, dekat Mersing, dua hari lepas, ditemukan lemas di tepi pantai itu, malam tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing ASP Mohd Nor Mohd Isa berkata mayat Sudirman Mohamad, 38, ditemukan orang awam terdampar di persisiran pantai berhampiran sebuah resort di Teluk Iskandar, kampung berkenaan kira-kira 11 malam tadi.