Pemancing lemas selamatkan lima sekeluarga dihargai

Pemancing yang lemas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, Abdul Bari Asyraf Mohd, dianugerahkan Wira Darul Iman. Anugerah juga akan diberikan kepada lima lagi individu atas jasa dan keberanian mereka yang turut sama bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa.