Pemandu bawa kanak-kanak atas but kereta kenderaan bergerak ditahan

Polis menahan seorang lelaki dipercayai pemandu kereta Toyota Vios yang membawa kanak-kanak di atas but belakang kenderaan yang sedang bergerak, yang tular di media sosial, sejak beberapa hari lepas. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata lelaki berumur 49 tahun itu ditahan pada kira-kira 7.45 malam tadi di rumahnya di Taman Nusa Damai, dekat Pasir Gudang, selepas polis bertindak atas maklumat orang awam.