Pemandu direman bagi membantu siasatan kemalangan pemanduan mabuk

Seorang wanita berusia 47 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan kes kemalangan jalan raya yang meragut dua nyawa pada awal pagi Selasa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noor Zainy Mohd Noor berkata, hasil ujian air kencing ke atas wanita tersebut mendapati kandungan alkohol yang melebihi had ditetapkan.