Tutup

Pemandu Grab didakwa rogol kanak-kanak 11 tahun

Seorang pemandu Grab mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Georgetown atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, tiga tahun lepas. Dia yang berusia 49 tahun didakwa merogol kanak-kanak yang kini berusia 14 tahun dan tidak bersekolah itu di sebuah rumah di Jalan Kedidi, Sungai Ara di Bayan Lepas pada 2015.