Tutup

Pemandu Grab ditemui lemas

Kegembiraan empat sahabat berkelah di Air Terjun Chamang di Bentong berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas pagi tadi. Mayat Wan Khairul Amirin Rojiham, 25 tahun, dari Kampung Baru Sungai Buloh, Jeram, Selangor ditemui pada jam 9.34 pagi tadi kira-kira 15 meter dari tempat mangsa dihanyutkan arus deras.