Tutup

Pemandu kenderaan berat manipulasi proses pemeriksaan Puspakom?

Jabatan Pengangkutan Jalan tidak menolak kemungkinan ada pengusaha atau pemandu kenderaan berat yang memanipulasi proses pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) terutama membabitkan tayar celup. Enggan menunding jari kepada mana-mana pihak, Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman akui ada antara mereka yang menukar tayar asli semasa pemeriksaan Puspakom.