Tutup

Pemandu kereta Vios bebas dengan jaminan polis

Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kenderaan kenderaan SUV Mazda CX-5 terhumban ke laut di Jambatan Pulau Pinang, Ahad lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis. Pemandu berusia 21 tahun itu yang menyerah diri kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) kira-kira jam 2 pagi hari ini dibebaskan kira-kira jam 6.45 petang di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai di Bukit Mertajam.