Tutup

Pemandu lori dan isteri maut kemalangan

Seorang pemandu lori tangki minyak dan isterinya maut manakala dua anak mereka terselamat apabila lori yang dinaiki terbabas di kilometer 12, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli, pada Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik Ismail Che Isa berkata, Muhammad Fazil Muhamad maut akibat cedera di kepala manakala isterinya, Saadiah Mohd Rezal yang juga cedera di kepala, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gerik.