Tutup

Pemandu teksi dakwa dianak tiri, minta enjin elektrik

Ibarat anak tiri. Itu yang dizahirkan Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail terhadap nasib yang ditanggung majoriti pemandu teksi di negara ini. Beliau mendakwa, hingga kini kerajaan masih mengutamakan perkhidmatan e-hailing walaupun akta berkaitan perkhidmatan itu belum diwartakan dan dikuatkuasakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).