Pemandu traktor bebas dengan jaminan polis

Pemandu traktor mesin potong rumput insiden kematian pelajar tingkatan dua yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini. Ketua Polis daerah Tampin, Superintendan Hamazah Ab Razak berkata pemandu berusia 26 tahun berasal dari Tanjung Keling, Melaka, itu telah diambil kenyataan berhubung insiden berkenaan.