Tutup

Pemasyhuran sebagai Sultan Pahang letakkan Tengku Abdullah calon Agong

Pemasyhuran Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari ini membuka laluan untuk baginda dinamakan sebagai Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16. Ketua Penyelidik Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) Wan Nazrul Helmy Wan Mohd Zain, berkata biarpun kekananan seorang raja ditentukan berdasarkan tarikh baginda menaiki takhta di negeri masing-masing, namun tidak mustahil bagi Tengku Abdullah dipilih majlis raja-raja sebagai YDPA yang baharu.