Tutup

Pembangkang desak Tun M nasihat Agong pecat Peguam Negara

Blok pembangkang hari ini mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa Tommy dilihat telah kerap kali menyalahgunakan kuasanya dengan mencampur tangan dalam beberapa kes mahkamah. Ia termasuk tindakan Pejabat Peguam Negara menggugurkan dua pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, P .Gunasekaran berkaitan kes Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).