Tutup

Pembangkang tidak lagi boikot PAC

Pembangkang tidak lagi akan memboikot Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) apabila kerajaan bersetuju melantik Ahli Parlimen pembangkang sebagai Pengerusi jawatankuasa itu. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kerapa kerajaan atas pelantikan Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad sebagai Pengerusi PAC baharu. Satu sidang media akan diadakan oleh PAC petang ini selepas usul pelantikan noraini dibacakan di Dewan Rakyat.