Pembangkang tidak tolak calon Speaker, tapi tolak cara pelantikan

Barisan pembangkang di Dewan Rakyat menjelaskan, mereka tidak menolak calon Speaker, sebaliknya menolak cara pelantikan yang dilakukan. Ketua pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan keluar dari Dewan Rakyat dibuat disebabkan proses pelantikan tersebut tidak menghormati peraturan mesyuarat.