Tutup

Pembantu rumah didakwa tuduhan bunuh bayi 13 bulan

Pembantu rumah anak yatim didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, pada Isnin, atas tuduhan membunuh bayi 13 bulan yang ditemukan dengan 39 kesan kecederaan pada badannya di sebuah rumah di Gombak, baru-baru ini. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.