Pembayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan RM17.1 bilion

Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan telah membuat pembayaran balik cukai GST dan cukai pendapatan berjumlah 17.1 bilion ringgit sehingga 30 April lalu. Menterinya, Lim Guan Eng berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 37 bilion ringgit cukai GST dan cukai pendapatan yang perlu dibayar tahun ini.