Pemberian kotak amal Tesco sehingga 30 Jun

Bagi meringankan beban keluarga miskin bandar, Tesco Malaysia Sdn Bhd (Tesco Malaysia) mengedarkan kotak makanan amal kepada lebih 30 keluarga miskin bandar di PPR Sri Pahang. Menurut Pengurus Besar Tesco Bukit Puchong, Amrin Norman Supni kotak makanan amal Tesco adalah hasil sumbangan daripada pelanggan-pelanggan Tesco yang membeli kotak makanan amal Tesco di pasaraya tersebut.