Pembiayaan royalti minyak diperhalusi

Kertas cadangan berhubung kaedah pembayaran royalti minyak yang dinaikkan daripada lima peratus kepada 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak dijangka siap dalam tempoh enam bulan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata jawatankuasa kabinet yang turut dianggotainya wakil-wakil empat negeri pengeluar minyak itu akan berbincang dan memperhalusi semua cadangan sebelum ia dikemukakan kepada kabinet untuk keputusan.