Pembikin filem tempatan perlu lonjak nama Malaysia di persada global

Pembikin filem animasi tempatan perlu terus meneroka variasi cerita berinspirasikan budaya tempatan yang mempunyai nilai universal. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata, usaha itu sudah pasti meningkatkan imej Malaysia di persada global.