Tutup

Pembinaan kemudahan bertaraf dunia di Langkawi

Pelan tindakan pelancongan Langkawi yang baharu akan membuka laluan kepada pembinaan lebih banyak kemudahan bertaraf dunia di pulau pelancongan berkenaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata selain itu, lebih banyak persidangan dan sukan antarabangsa akan dianjurkan bagi menarik lebih ramai pelancong mewah ke Langkawi.