Video  |  Malaysia

Pembinaan PPR bukit kerajaan komited bantu B40

Pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang dilancarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin giat dilaksanakan bukti kerajaan terus komited membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) untuk memiliki rumah pertama. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata ini juga mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat Malaysia terus keluar daripada kepompong kemiskinan.