Pembukaan pintu ICQS 24 jam disambut baik rakyat Malaysia dan Thailand

Pelbagai reaksi diberikan warga malaysia dan thailand terhadap implikasinya apabila pintu sempadan kedua-dua negara berjiran itu dibuka 24 jam bermula esok. Perubahan waktu operasi pembukaan pintu sempadan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghubungkan Malaysia/Thailand itu disambut baik rakyat kedua-dua negara.