Pembukaan pintu sempadan 24 jam lonjakkan Padang Besar

Pembukaan pintu sempadan selama 24 jam dijangka membantu melonjakkan Padang Besar yang diwartakan sebagai bandar perdagangan sempadan. Menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man antara perkara yang perlu diberikan pertimbangan termasuk tenaga kerja, persediaan dan aspek keselamatan.