Pemergian S.M Mohamed Idris adalah kehilangan besar

Hilangnya tokoh yang giat memperjuangkan isu pengguna dan alam sekitar: anwar Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian S. M. Mohamed Idris sebagai satu kehilangan besar kepada negara. Ini kerana Allahyarham bukan sahaja tegas dalam isu pengguna dan alam sekitar malah dia adalah individu yang sangat tegas dalam memperjuangkan hak rakyat dan nasib golongan miskin.