Tutup

Pemilihan peserta program SSEAYP ikut zon mulai tahun depan

Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) akan melakukan perubahan dalam pemilihan peserta ke Program Kapal Belia Asia Tenggara atau SSEAYP bermula tahun depan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia KBS, Dr.Zainah Sharif, perubahan itu supaya pemilihan peserta bagi program tersebut lebih inklusif dan merangkumi belia daripada pelbagai zon negara.