Pemilihan PKR di Sarawak kecoh?

Pemilihan PKR di Sarawak yang bermula hari ini sedikit kelam-kabut, terutama melibatkan cabang Petra Jaya, Sarawak. Ahli-ahli yang terlibat dalam pemilihan berasa kecewa dan marah, kerana dewan yang sepatutnya menjadi lokasi pemilihan di Dewan Hotel Sri Liny di Kuching masih tidak dibuka biarpun pemilihan e-undi sepatutnya bermula sejak jam 9.00 pagi tadi. Ini menyebabkan urusan pemilihan terpaksa ditangguh. Untuk perkembangan lanjut kita bersama wakil Astro AWANI di Sarawak, Shafik Ahmad.