Tutup

Pemilik gimnasium parah ditembak terlibat kes Ah Long

Pemilik gimnasium yang parah ditembak dalam kejadian cubaan bunuh di Jalan Kota Kemuning di Shah Alam, Selangor, pada Selasa dipercayai terbabit dalam kegiatan ceti haram atau ?Ah Long?. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mendapati mangsa yang berusia 45 tahun itu menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang tidak berlesen.