Tutup

Pemilik kebun dituduh membunuh lelaki dipercayai curi pisang

Seorang pemilik kebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Berang atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki. Tertuduh, Ismail Mohd Don, 38 tahun, mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.