Tutup

Pemilik premis perniagaan Ampang Park tuntut pampasan RM5 juta

Pemilik premis pusat beli belah Ampang Park menggesa kerajaan membayar pampasan RM5 juta ringgit untuk satu lot perniagaan sekiranya cadangan pembinaan stesen MRT laluan Selayang-Putrajaya diteruskan. Menurut Penasihat Persatuan Peniaga 1Malaysia Ampang Park peniaga dan pemilik Dr Dzulkhaini Hussain nilai yang ditetapkan oleh 253 pemilik premis setimpal dengan kerugian yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka terpaksa berpindah.