Pemimpin Pakatan Harapan sibuk, tidak ramai pemimpin PH turun padang

Kesibukan menghadiri persidangan Dewan Rakyat menyebabkan tidak ramai figura pemimpin Pakatan Harapan (PH) turun padang membantu kempen bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang berbaki sehari sahaja lagi. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, barisan pimpinan PH terikat dengan tugasan pentadbiran dan kerja hakiki.