Tutup

Pemimpin pembangkang Kemboja bukan ditahan

Pemimpin parti pembangkang Kemboja, Mu Sochua, tidak ditahan pihak berkuasa Malaysia sebaliknya cuma melalui proses pemeriksaan biasa di lapangan terbang. Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pemeriksaan itu mengikut standard operasi berikutan kerajaan Malaysia sudah menerima surat daripada kerajaan Kemboja untuk menghantar pulang tokoh-tokoh yang nama mereka tersenarai dalam surat itu.