Pemimpin pemisah Ukraine nafi penglibatan nahas MH17

Bekas pemimpin pemisah di Timur Ukraine turut menafikan anggota pemisah bertanggungjawab dalam insiden tembak jatuh pesawat MH17 hampir 5 tahun lepas. Alexander Borodai, seorang warga Rusia yang pernah menjadi pemimpin pemberontak di Donestk, Ukraine semasa pesawat berkenaan ditembak jatuh berkata, tuduhan ke atas pemisah itu adalah tidak benar.