Pemindahan hati bagi kanak-kanak berisiko tinggi

Risiko pemindahan hati bagi golongan kanak-kanak adalah lebih tinggi berbanding dewasa. Menurut Pakar Perunding Pembedahan Universiti Malaya, Dr Koong Jun Kit, pembedahan itu memerlukan kepakaran yang tinggi berikutan beberapa faktor. Beliau bercakap di AWANI Pagi pada Rabu.