Peminjam PTPTN bebas dari senarai hitam CCRIS untuk beli rumah pertama

Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang disenarai hitam dalam sistem maklumat rujukan kredit berpusat (CCRIS) berpeluang untuk keluar daripada rekod buruk tersebut dengan membeli rumah pertama. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau akan mengumumkan perkara tersebut selepas pelancaran skim perumahan belia pada pertengahan Oktober ini.