Pemuda dipenjara 20 tahun, 35 sebatan

Penjara 20 tahun dan 35 sebatan dikenakan terhadap seorang pemuda atas kesalahan rogol, liwat serta rompak. Muhamad Nurhadi Othman, 25 tahun dituduh melakukan kesalahan itu terhadap seorang jurujual sebuah butik berusia 23 tahun di Jalan Bukit Kecil,Kuala Terengganu sekitar jam 9.56 hingga 10.55 malam Rabu lalu.