Tutup

Pemuda lemas di lombong

Keseronokan tujuh sahabat bermandi-manda bertukar tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui lemas dalam kejadian di kawasan lombong berhampiran Tasik Biru, Chin Chin, Jasin pagi tadi. Dalam kejadian sekitar 9.45 pagi tadi itu, mangsa, R. Kishen, 20 tahun dikatakan hilang kira-kira sejam selepas turun ke kawasan lombong berkenaan.