Pemuda maut kereta rempuh pokok

Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok di Jalan Felda Neram-Bandar Cheneh Baharu, Kemaman pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, Muhammad Syawal Adnan Deraman, 21 tahun, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.