Pemuda UMNO berjaya patahkan cubaan guling PM - Azwan

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun hari ini mempertahankan laporan polis yang dibuat mengenai konspirasi menggulingkan Perdana Menteri. Malah beliau turut mempertahankan isi kandungan laporan polis tersebut yang didakwa berjaya mematahkan cubaan menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.