Tutup

Pemuda UMNO seperti 'kanibal' - Nazri Aziz

Pemuda UMNO umpama sayap parti yang 'kanibalisme' apabila mendesak agar Presiden Parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berehat kerana didakwa di mahkamah. Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, dalam hal ini, ahli DAP dan PKR dilihat lebih setia kepada pemimpin mereka.