Penagih menangis dan merayu dilepaskan

Seorang bapa dua anak menangis teresak-esak sambil memeluk anak perempuannya di kaunter pemeriksaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine. Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan dalam operasi motorsikal sempena Tahun Baru Cina 2019 yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Tun Ali, Melaka malam tadi.