Tutup

Pencarian MH370 dijangka tamat selewat-lewatnya Julai

Operasi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi yang meliputi seratus 120 ribu kilometer persegi itu dijangka berakhir selewat-lewatnya Julai depan. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya juga telah mengarahkan jawatankuasa teknikal untuk berbincang dengan tiga negara terbabit bagi mempercepatkan pencarian MH370.