Tutup

Pencarian Nora Anne masuk hari ke-10

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, memasuki hari kesepuluh hari ini. Keberadaan dan nasib remaja itu terus menimbulkan tanda tanya bukan sahaja di kalangan masyarakat, bahkan juga di kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah berkampung di lokasi kejadian sejak hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang.